Monday, August 10, 2009

Satay Taman Wawasan.


'Jom kengkawan kita makan satay, aku belanja..'
begitulah kata si Ali lepas bagi Asmida hadiah katak dalam cerita Ali Setan...

Assalamualaikum Geng! Jom makan satay..!Kat mana? Kali ni kita pi kat Taman Wawasan Puchong. Lokasi berhadapan Restoran Hasbuna. Sedap beb satay brother nie pasal aku baru cuba semalam. Lebih sedap daripada satay tepi highway.. Macam mana nak pegi? kalau korang dari iOi Mall ada simpang ke kiri menghala ke Taman Wawasan, berhadapan Tesco Puchong, highway menghala ke Shah Alam tau. Lepas tu jalan terus sampai korang nampak simpang tiga, then ada taman rekreasi, masuk kanan. Lepas dari simpang ni pandang ke kanan, once korang nampak Restoran Hasbuna, korang akan nampak gerai satay ni. Abang ni beroperasi malam jer siang tak der kot. So check it out!

8 comments:

  1. saya tinggal kat puchong..
    dan satay kat sini memang terbaekkkk!!!

    ReplyDelete
  2. Salam, berdasarkan keterangan blog ni saya berjaya sampai ke warung satay ni dan makan di Restoran Hasbuna (order air saja). Satay yg dijual hanya Ayam dan Daging @ RM0.70/pc (baru naik harga RM0.10 kata ownernya). Menurutnya lagi warung dibuka 4pm hingga 11pm, hari tutup tak tentu, tapi selalunya pada hari Isnin. Hmm... lupa la pulak nak mintak nombor contact. Apapun rasa sataynya memang sedap. Ketupatnya pula guna daun pelepah kelapa, bukan plastik mcm kebanyakan penjual satay lain.

    Kalau sesiapa yg ada GPS, koordinatnya adalah N3.02910 E101.62586 (format Degree Decimal).

    ReplyDelete
  3. Memang yang terbaik.... Tapi baru2 nie pergi macam dah takde lagi gerai sate tu.... Ada sapa2 tahu kemana diorg pi?

    ReplyDelete
  4. satay kajang taman wawasan
    waktu operasi : 4petang - 11malam
    contact number : 010-299 2008/2009

    ReplyDelete
  5. no phone ni tak boleh pakai,orang melayu berniaga macam ni la zaman sekarang..tak anggap no phone tu penting..rasa nak berniaga buat,xnak tutup jer kedai.macam tu la generasi yg seterusnya...

    ReplyDelete
  6. memang, banyak gerai melayu yang sedap2 aku jumpa bukak tutup ikut suka hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersarkan perbualan dengan org jual sate ni, die bukan tutup ikut suka.. kadang-kadang ade tempahan terlampau banyak atau kene panggil untuk event di tempat lain.. diorang tak cukup kakitangan..

      Delete
  7. untuk makluman, kedai satay ni ada buka lagi macam biasa.. memang sedap satay dia.. melayu, cina, india, semua makan satay dia ni.. power

    ReplyDelete