Wednesday, August 26, 2009
Bazar/Pasar Ramadhan - 'PARAM & 'BARAM'
Wokey Geng! Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, chewah macam berita perdana la pulak!
Alhamdulillah dah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa (kepada sesiapa yang berpuasa sahaja) so untuk hari ini aku sediakan senarai 'param'.........,? (pasar ramadhan lah!) untuk geng2 sekitar Puchong merasai pelbagai jenis rasa kuih muih, lauk pauk dan makanan sampingan untuk melempiaskan kehendak nafsu makan korang semua. Jangan sampai gagal terawikh dan obessiti udah.
Pasar Ramadhan Bandar Kinrara
Lokasi : Berhadapan dengan Giant BK dan Masjid BK.
Menarik : Nali Lemak Ayam Rempah, Kuih Samosa ( RM 0.70 ) tapi sedap beb!
Pasar Ramadhan Taman Tenaga
Lokasi : Bersebelahan dengan stesyen minyak BHP.
Menarik : Kuih Muih Q Catering.
Pasar Ramadhan Puchong Perdana
Lokasi : Belakang Pasaraya Hijau berdekatan bulatan Puchong Perdana.
Menarik : Nasi Kerabu, Air Tebu kat area sini masyuk gak...
Pasar Ramadhan Puchong Prima
Lokasi : Berhadapan dengan Restoran ABC dan Pasaraya OTK
Menarik : Ayam Percik.., kuih muih yang manis2 banyak gak kat sini... banyak pilihan.
Pasar Ramadhan Bukit Puchong.
Lokasi : Jalan masuk ke Puchong Saujana
Menarik: Roti John yang paling menarik kat kedai Wan, Putu Piring, dan Ayam Percik.
Ok la geng dah banyak sangat kang tak terpegi pulak korang kang. Puasanya tak jugak.. So Check it out!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menarik ni. TQ for info.
ReplyDeletetertinggal lagi satu param kt puchong putra perdana..
ReplyDeletepanjang gak param kat ctu..hehe