Wednesday, February 17, 2010

WaterLily Cafe - Pusat Perdagangan iOi Puchong.




Salam Geng,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010, Awal Muharram & Tahun Baru Cina - Year of Tiger. Mohon maaf disebabkan blog ini kelihatan sedikit usang tanpa sebarang update di sebabkan komitmen kerja yang berlambak di pejabat, ditambah pula ketiadaan saya di Malaysia menyukarkan sedikit usaha meng'informasi'kan rakan-rakan pasal tempat-tempat menarik nak makan kat area Puchong.

Kali ini aku nak 'share' tempat makan yang agak sibuk tapi 'terpencil' dan sunyi dari orang ramai. Pernah dengar bangunan Pusat Perdagangan iOi Puchong (iOi Business Park)?? Bangunan ni sebenarnya betul-betul berhadapan dengan iOi Mall Puchong. Kat sini ada Restoran Water Lily. Restoran ala-ala Bali yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan masakan. Jadi kalau rajin sambil cari-cari pasal tu, singah la kejap restoran ni, menariknya ruang makan bahagian belakang restoran menjajnjikan suasan hijau semulajadi, syok makan-makan sambil ambik angin. Kat sini tiada menu utama, cuma semua makanannya menarik belaka. So let's try!