Wednesday, August 26, 2009
Bazar/Pasar Ramadhan - 'PARAM & 'BARAM'
Wokey Geng! Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, chewah macam berita perdana la pulak!
Alhamdulillah dah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa (kepada sesiapa yang berpuasa sahaja) so untuk hari ini aku sediakan senarai 'param'.........,? (pasar ramadhan lah!) untuk geng2 sekitar Puchong merasai pelbagai jenis rasa kuih muih, lauk pauk dan makanan sampingan untuk melempiaskan kehendak nafsu makan korang semua. Jangan sampai gagal terawikh dan obessiti udah.
Pasar Ramadhan Bandar Kinrara
Lokasi : Berhadapan dengan Giant BK dan Masjid BK.
Menarik : Nali Lemak Ayam Rempah, Kuih Samosa ( RM 0.70 ) tapi sedap beb!
Pasar Ramadhan Taman Tenaga
Lokasi : Bersebelahan dengan stesyen minyak BHP.
Menarik : Kuih Muih Q Catering.
Pasar Ramadhan Puchong Perdana
Lokasi : Belakang Pasaraya Hijau berdekatan bulatan Puchong Perdana.
Menarik : Nasi Kerabu, Air Tebu kat area sini masyuk gak...
Pasar Ramadhan Puchong Prima
Lokasi : Berhadapan dengan Restoran ABC dan Pasaraya OTK
Menarik : Ayam Percik.., kuih muih yang manis2 banyak gak kat sini... banyak pilihan.
Pasar Ramadhan Bukit Puchong.
Lokasi : Jalan masuk ke Puchong Saujana
Menarik: Roti John yang paling menarik kat kedai Wan, Putu Piring, dan Ayam Percik.
Ok la geng dah banyak sangat kang tak terpegi pulak korang kang. Puasanya tak jugak.. So Check it out!
Tuesday, August 18, 2009
Restoran Johan Seafood
kalo nak makan rojak buah pun ade kat sini
nasi goreng ayam black pepper
Aku malas cite banyak untuk entri kali ni.
Makanan kat sini boleh tahan gak sedap die.
Waktu beroperasi macam kedai2 tomyam yang lain gak.
Korang boleh cekidaut kedai ni di alamat:
No15 Jalan TK 4/14
Taman Kinrara Seksyen 4
Kinrara Mas 47100 Puchong
Selangor
*kedai ni berdekatan dengan lombong Taman Kinrara
korang pusing2 je area situ mesti jumpa punya
Monday, August 10, 2009
Satay Taman Wawasan.
'Jom kengkawan kita makan satay, aku belanja..'
begitulah kata si Ali lepas bagi Asmida hadiah katak dalam cerita Ali Setan...
Assalamualaikum Geng! Jom makan satay..!Kat mana? Kali ni kita pi kat Taman Wawasan Puchong. Lokasi berhadapan Restoran Hasbuna. Sedap beb satay brother nie pasal aku baru cuba semalam. Lebih sedap daripada satay tepi highway.. Macam mana nak pegi? kalau korang dari iOi Mall ada simpang ke kiri menghala ke Taman Wawasan, berhadapan Tesco Puchong, highway menghala ke Shah Alam tau. Lepas tu jalan terus sampai korang nampak simpang tiga, then ada taman rekreasi, masuk kanan. Lepas dari simpang ni pandang ke kanan, once korang nampak Restoran Hasbuna, korang akan nampak gerai satay ni. Abang ni beroperasi malam jer siang tak der kot. So check it out!
Saturday, August 8, 2009
Char Kuew Teow - iOi food Court
Wokeh Geng! Sorry ler beb minggu ni banyak berlegar di shopping mall ni jer sebenarnya, tapi apa-apa pon nak share jugak dgn korang pasal char kuew teow ni. Kalau nak try bila ada masa shopping2 kat iOi Mall tu, turun2 la sat kat food court dia, try char kuew teow kat sini. Memang menarik dan sedap. Secara kebetulan minggu-minggu membeli belah ni kan.. buleh ler cuba, ini balik-balik fast food jer.. anak aku pon dah pandai bosan.
Tuesday, August 4, 2009
Jom Makan!
Okey Geng, minggu ni destinasi 'jomcarikan' ada dekat iOi Mall Puchong, biasa la kat mana lagi destinasi yang ada tempat shopping dan tempat makan yang banyak kat Puchong di bawah satu bumbung selain dari iOi mall nie.. So lepas shopping-shopping dan jalan-jalan cuci mata atau jalan-jalan cari pasal jom kita makan kat iOi - New Wing, kat mana? ya.. Teh Tarik Place.. di tingkat atas bangunan baru iOi. Kat sini kita boleh pesan makanan Melayu, especially Nasi Kerabu, Nasi Goreng, dan ada jugak masakan mamak seperti roti canai, murtabak, so and so.. ! Tapi ni bukan kedai mamak tau!
So sambil makan-makan, kepada mereka-mereka yang lepas makan memang mengggelupur nak isap rokok, jangan risau.., sambil sedut asap yang dah confirm tak bersih tu kita boleh menikmati pemandangan tasik yang luas kat anjung Teh Tarik Place ni.. So Jom Cuba!
Macam mana nak ke sana? Sila layari :-
http://my.pagenation.com/kul/This+Spot_101.6203125_3.06045.map
Subscribe to:
Posts (Atom)