Friday, May 14, 2010

Western & Tom Yam Puchong Jaya


Salam Geng,

Mohon maaf, lama tak update entry atas kesibukan saingan akhir Piala F.A M'sia, EPL, dan sukan-sukan yang sewaktu dengannya.

Aku sebenarnya agak kecewa dengan prestasi pasukan kesayangan, Liverpool yang gagal mengakhiri kemarau kejuaraan dan mengakhiri liga di tempat ke-7 musim 09-2010. Korang mesti pikir aku dah hilang akal sebab dok cerita pasal kempen EPL Liverpool yang tiada kaitan langsung dengan entry 'makan-makan'. Ternyata korang silap, dengan memilih kedai yang tiada kaitan langsung dengan kehangatan EPL, aku secara tak langsung mengubat kekecewaan kegagalan Liverpool. Dan atas faktor itu aku menjamu selera di kedai tom yam berbanding kebiasaan aku melepak di kedai-kedai mamak.

Destinasi kali ni, Puchong Jaya.. aku pekena Nasi Goreng Cina dengan Kentang Goreng.. Kat kedai mana..??? Nama kedai ni Western & Tom Yam. Kedai ini juga menyajikan makanan ala barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Steak, Fish & Chips etc.. Sebenarnya aku dah biasa dengan kedai ni, cuma belum berkesempatan meletakkannya dalam entry kerana aku belum menerima feed back dari geng-geng cari makan yang lain. Ternyata tak mengahampakan geng-geng lain bila berkunjung ke sini. Positif kata mereka. Selain tu jugak, korang mempunyai banyak pilihan lain sebab bukan hanya ada Western & Tom Yam je kat sini, kedai lain pun ada jugak, so korang mempunyai banyak pilihan utk melangkah ke kedai mana.

Lokasi..?
1. Dari persimpangan iOi Mall dari arah Shah Alam-Putrajaya:

Menghala terus ke Kinrara, apabila sampai di persimpangan pertama lampu isyarat (selepas melepasi bangunan ibusawat Telekom), susur ke kiri . Jalan terus melalui kawasan perumahan sehingga menemui simpang tiga, susur ke kanan dan anda akan dapat melihat kawasan ala-ala taman selera..

2. Dari persimpangan iOi Mall dari arah Bukit Jalil & Banda Kinrara:
Susur simpang ke kanan ke Kinrara, apabila sampai di persimpangan pertama lampu isyarat (selepas melepasi bangunan ibusawat Telekom), susur ke kiri . Jalan terus melalui kawasan perumahan sehingga menemui simpang tiga, susur ke kanan dan anda akan dapat melihat kawasan ala-ala taman selera..

1 comment:

  1. kalau nak sewa kereta area puchong ke lokasi ni, ada cadanngan syarikat kereta sewa mana ke? lol

    ReplyDelete